web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Jepun Fumio Kishida Adakan Lawatan Kerja 2 Hari Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 5:02PM

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada 4-5 November, lawatan pertamanya ke Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun pada Oktober 2021.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Kishida dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala.

Mereka dijangka meneliti kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, alam sekitar dan keselamatan tenaga serta informasi dan komunikasi selain bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk konflik Palestin-Israel.

"Lawatan Kerja ini akan memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah negara. Memandangkan Jepun sentiasa memainkan peranan pentingnya sebagai rakan dialog ASEAN, lawatan ini mempunyai kepentingan istimewa kerana ia bertepatan dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun tahun ini," menurut kenyataan itu.

Pertemuan itu akan disusuli dengan satu jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Awar bagi meraikan Kishida.

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama dalam Bidang Informasi dan Komunikasi antara Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun.

Selama lapan tahun berturut-turut sejak 2015, Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia. Pada 2022, nilai dagangan dengan Jepun berjumlah RM181.51 bilion (USD41.21 bilion) yang merangkumi 6.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.

Sehingga Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia, dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (USD27.43 bilion). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tiba Di CIQ Sungai Golok, Narathiwat Untuk Lawatan Kerja

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Fahmi Adakan Lawatan Kerja Ke Selangor

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jokowi Tiba Untuk Lawatan Kerja Ke Malaysia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Tiba Di Pulau Pinang Untuk Lawatan Kerja

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad