web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tiba Di Pulau Pinang Untuk Lawatan Kerja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 12:17PM

Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (kiri) bergambar bersama Anwar Ibrahim di Seri Mutiara hari ini - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini bagi memulakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan Kedah.

Pesawat khas membawa rombongan Perdana Menteri tiba di lapangan terbang itu pada 10.30 pagi dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengetuai kenamaan negeri menyambut beliau.

Hari ini, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di kediaman rasmi beliau di Seri Mutiara sebelum menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Kampung Mengkuang Titi di Bukit Mertajam dan seterusnya menunaikan solat zuhur dan solat Jumaat di Masjid Jarak Atas di Tasek Gelugor.

Beliau kemudian dijadual bergerak ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang untuk menghadiri tiga program iaitu Majlis Amanat YAB Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang, sesi taklimat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP).

Selepas itu Perdana Menteri dijadual ke Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) di Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih di Masjid Ibadurrahman, Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur melalui Pangkalan Udara TUDM Butterworth.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

2

Politik 4 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

Semasa 4 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 minit yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad