Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


28 November Keputusan Rayuan Isa Samad Terhadap Sabitan Rasuah, Hukuman

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 3:09PM

Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 28 November untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.4 juta atas sembilan pertuduhan rasuah membabitkan RM3.09 juta berkaitan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz mengesahkan tarikh keputusan rayuan itu ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, pihak pembelaan telah memfailkan hujahan tambahan dan pihak pendakwaan juga sudah memfailkan hujahan jawapannya seperti yang diminta oleh mahkamah.

Pada 16 Oktober lalu, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah menangguhkan keputusan itu selepas selesai mendengar hujah pihak pembelaan dan pendakwaan.

Mohd Isa, 73, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februaru 2021, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC, di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Februari 2021.

Beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1.5 juta, selain perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai.

Dalam prosiding pada 16 Oktober lalu, peguam Datuk Salehuddin Saidin yang mewakili Mohd Isa berkata, anak guamnya perlu dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan kerana fakta kes menunjukkan tiada bukti Mohd Isa menerima wang tersebut.

Beliau juga berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah menggunakan prinsip undang-undang yang salah kerana gagal memberi perhatian sewajarnya kepada semua keterangan di hadapan mahkamah dan beliau juga tidak menilai keseluruhan keterangan sebelum membuat kesimpulan.

Bagaimanapun, Afzainizam membalas dengan mengatakan bahawa Mohd Isa berhasrat untuk mendapatkan suapan itu, walaupun tidak berurusan secara langsung dengan ahli perniagaan Sarawak, Ikhwan Zaidel dalam mana-mana urus niaga yang melibatkan jumlah itu dibayar, suapan itu diterima olehnya (Mohd Isa) melalui bekas pembantu Mohd Isa, Muhammad Zahid Arip Zahid.

Beliau berkata, suapan itu dibayar kerana bimbang Mohd Isa mungkin menggunakan pengaruhnya untuk membatalkan atau menangguhkan pembayaran bagi pengambilalihan hotel itu, sambil menambah bahawa anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd sebelum ini menolak cadangan untuk membeli hotel itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Umum Pendekatan Baharu Untuk Manfaat Warga FELDA - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 bulan yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Diketahui 24 April Ini

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Kemunculan Momota Di Gelanggang Pastinya Dirindui – Pemain Badminton Dunia

Semasa 23 jam yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

Semasa 1 hari yang lalu

Kerja Alih, Pindah Kubur Di Selat Klang Ditangguh Seminggu – Amirudin

Semasa 10 jam yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini