web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Arah Papagomo Padam Hantaran Fitnah Terhadap Mohd Na'im Di Facebook

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 4:12PM

Mahkamah mengarahkan blogger Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris memadamkan klip video fitnah di akaun Facebooknya. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan blogger Papagomo atau lebih dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk memadamkan sebuah klip video di akaun Facebook miliknya didakwa mengandungi kenyataan fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam tempoh 24 jam.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir mewakili Mohd Na'im selaku plaintif berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan menteri itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.

“Injunksi itu bagi menghalang Wan Muhammad Azri selaku defendan daripada menerbitkan, menyiarkan, berkongsi, menerbitkan, menyiarkan semula atau berkongsi semula sebuah video bertarikh 18 September lalu yang mengandungi kenyataan fitnah tersebut berserta klip video berdurasi enam minit 41 saat yang diambil daripada akaun Tiktok '@nurhafizulbadrulhisham' daripada laman Facebook milik defendan dalam apa cara sekalipun.

"Ia juga bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya daripada menerbitkan, menyiarkan dan berkongsi kenyataan fitnah serupa yang mempunyai kesan seperti hantaran tersebut, selain memadamkannya dalam tempoh 24 jam," kata peguam itu.

Mahkamah turut menetapkan 7 November sebagai tarikh pendengaran injunksi inter-parte (kedua-dua pihak).

Mohd Na’im yang memfailkan saman itu pada 19 Oktober lalu, mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan satu hantaran terhadapnya di akaun Facebook milik defendan dikenali sebagai 'Sir Azri' bertarikh 18 September 2023.

Menurutnya, dalam hantaran Facebook itu defendan memuat naik satu klip video berdurasi enam minit 41 saat, yang juga klip video diambil daripada akaun TikTok '@nurhafizulbadrulhisham'.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam, memandangkan plaintif kononnya mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual atau lucah adalah seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia.

Katanya, kenyataan fitnah tersebut menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status plaintif di mata masyarakat umum. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad