web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sebilangan Besar Rakyat Malaysia Masih Bersikap 'Jangka Pendek' Dalam Pengurusan Kewangan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 5:16PM

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebilangan besar rakyat Malaysia masih bersikap 'jangka pendek' dalam pengurusan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, ramai rakyat Malaysia juga bersikap kurang endah dalam menguruskan risiko kewangan masing- masing, termasuk dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka.

“Hampir separuh rakyat Malaysia sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan dan satu daripada tiga rakyat kita tidak berminat untuk ambil tahu mengenai insurans dan takaful,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Celik Kewangan (KCK) Johor, hari ini.

gambar FB BNM
gambar FB BNM

Abdul Rasheed berkata, apa yang membimbangkan adalah peningkatan pengetahuan dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak seiring dengan sikap dan amalan pengurusan kewangan mereka.

Beliau berkata, statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan ramai yang terpaksa berhutang apabila memerlukan wang di waktu menghadapi kecemasan.

"Manakala satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang walaupun kebanyakan daripada mereka tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan yang berpatutan.

“Kaji selidik yang dijalankan juga menunjukkan 37 peratus daripada rakyat Malaysia berkongsi kata laluan dan nombor pin mereka kepada keluarga dan rakan,” tambah Abdul Rasheed.

Justeru, beliau berkata, pengetahuan mengenai pelbagai produk kewangan dan kesesuaiannya seperti memahami cara mengurus hutang, memahami risiko dan pulangan sesuatu pelaburan serta langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa scam atau penipuan kewangan, adalah kemahiran yang harus ada pada semua.

“Masyarakat celik kewangan bukan sahaja berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing, malah berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

BNM, dengan kerjasama ahli dan rakan kerjasama Jaringan Pendidikan Kewangan, serta industri kewangan kini sedang menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK), dengan KCK Johor berlangsung mulai 27 hingga 29 Oktober 2023.

Matlamat KCK adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan celik kewangan dan menggalakkan rangkuman kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Merekodkan 11.5 Bilion Transaksi E-Pembayaran Pada 2023

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

BNM Fokus Tingkatkan Kekukuhan Ekosistem Kewangan Islam Tahun Ini

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

BNM Pastikan Pendirian Dasar Monetari Kekal Kondusif Untuk Pertumbuhan Mampan Ekonomi Negara

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar