web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Kekalkan Kemenangan Mas Ermieyati Di Parlimen Masjid Tanah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 2:49PM

Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini mengekalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kawasan Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Abu Bakar Katar menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) itu selepas memutuskan pempetisyen gagal membuktikan wujud elemen rasuah pada kempen PRU15.

Pada 3 Jan lepas, Abdul Hakim memfailkan petisyen pilihan raya mendakwa rasuah dalam bentuk wang dan jamuan digunakan untuk memikat pengundi pada PRU15.

Mahkamah memerintahkan pempetisyen (Abdul Hakim) membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Mas Ermieyati selaku responden.

Abu Bakar dalam penghakimannya berkata pempetisyen bergantung kepada dua alasan utama dalam petisyen iaitu berlakunya penyogokan wang oleh ejen responden semasa hari pengundian dan jamuan yang diadakan pada 3 Dis 2022.

"Mahkamah ini sedar Mahkamah Pilihan Raya tidak perlu mengambil pendekatan yang terlampau rigid hingga menggagalkan niat undang-undang untuk menjaga kesucian proses pilihan raya yang diadakan," katanya.

Mahkamah juga katanya berpendapat responden tidak mempunyai pengetahuan atau memberi kebenaran kepada Pengerusi Armada Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir untuk hadir di premis dan memberi wang sogokan (jika dibuktikan) serta tiada keterangan mahkamah yang menunjukkan sepanjang PRU-15, Akmal Zahin secara aktif atau terang-terangan turut hadir berkempen di Masjid Tanah bagi memastikan kemenangan responden yang bertanding bagi PN.

"Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, mahkamah berpendapat pempetisyen gagal membuktikan melampaui keraguan yang munasabah responden atau ejennya melakukan sogokan wang atau penjamuan sebagaimana yang diplidkan dalam petisyen pilihan raya sehingga boleh membatalkan kemenangan responden di Parlimen Masjid Tanah.

"Menurut Seksyen 36 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, mahkamah memutuskan responden telah dilapor dipilih dengan sewajarnya sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah dalam PRU15," katanya.

Seramai 28 saksi memberi keterangan pada perbicaraan selama 13 hari dengan tiga saksi daripada pihak responden termasuk Mas Ermieyati manakala pempetisyen seramai 10 orang.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengetuai barisan peguam bagi pihak responden berkata pihaknya bersyukur dengan keputusan itu. Pempetisyen diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Pada 2 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh selepas membenarkan rayuan Abdul Hakim.

Abdul Hakim merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu yang membatalkan petisyen pilihan rayanya untuk membatalkan kemenangan Mas Ermieyati iaitu Ketua Bersatu Masjid Tanah.

Pada PRU15 lalu, Mas Ermieyati menang dengan majoriti 4,411 undi dalam saingan empat penjuru selepas memperoleh 25,604 undi.

Beliau menewaskan Abdul Hakim yang memperoleh 21,193 undi, calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Mutalib Uthman (7,445 undi) dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Handrawirawan Abu Bakar (507 undi). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad