web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Terima Aduan Kandungan Babit Isu Israel-Palestin Disekat Di Tiktok - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 5:05PM

Masyarakat daripada pelbagai latar belakang hadir ke Perhimpunan Malaysia Stand with Palestine di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima aduan daripada pengguna aplikasi TikTok, berhubung kandungan yang dihasilkan membabitkan isu konflik Israel-Palestin, disekat dari platform berkenaan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, isu itu berbangkit, apabila pengguna mendapati kandungan yang dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti HAMAS termasuk beberapa perkataan lain, diturunkan secara automatik oleh pihak terbabit.

“Ada pengguna yang menyatakan content (kandungan) yang dimuat naik pada jam 1.20 dan pada 1.21 content itu telah diturunkan, susulan kononnya terdapat pelanggaran pada garis panduan komuniti.

“Saya sudah berhubung dengan TikTok untuk mendapatkan penjelasan, tetapi penjelasannya tidak memuaskan. Jadi saya mungkin akan minta garis panduan daripada Wisma Putra tentang beberapa perkara dan kita akan panggil (TikTok),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Solidariti Freedom For Palestine di Dataran Merdeka, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan satu sesi taklimat bersama pengarang-pengarang media, bagi membincangkan perkara berkaitan dalam minggu ini. 

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan beliau sendiri juga ada menerima mesej kononnya daripada pihak Meta (Facebook), berhubung sekatan pada kandungan berkaitan solidariti namun, mesej yang diterima itu didapati tidak benar.

“Apabila saya rujuk pihak Meta yang menjaga rantau Asia Tenggara, mereka menyatakan itu adalah mesej yang tidak benar dan bukannya daripada pihak Meta. Pada waktu ini tiada sekatan terutamanya di Facebook,” katanya.

Mengenai perhimpunan solidariti hari ini, Fahmi berkata, kehadirannya adalah sebagai tanda sokongan bersolidariti dengan rakyat Palestin, yang pada ketika ini ditindas oleh rejim zionis.

Perhimpunan solidariti anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE yang dihadiri lebih 3,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama bertujuan bagi meningkatkan kesedaran terhadap krisis kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin ketika ini.

Turut hadir, Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin; Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia, Stanley Yong dan Penasihat MyCARE, Dr Hafidzi Md Noor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad