web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjuangan Menangi Hati Pengundi Jepak Bermula Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 8:48PM

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Gendang perjuangan memenangi hati rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini, bakal bergema bermula esok apabila proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, akan berlangsung di Dewan Suarah di sini bermula jam 9 pagi.

Bahang kehangatan menghadapi PRK ini semakin terasa sejak seminggu lepas, apabila bandar yang terletak kira-kira 620 kilometer ke utara dari bandar raya Kuching ini, menjadi tumpuan pemimpin dan ahli parti politik Sarawak dari segenap penjuru negeri.

PRK Jepak diadakan berikutan penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip, 72, dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) meninggal dunia pada 15 September lalu, dan kekosongan kerusi itu telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 September.

Selain menetapkan esok sebagai hari penamaan calon, SPR dalam pengumumannya pada 25 September mengumumkan 4 November sebagai hari pengundian dan 31 Oktober sebagai hari pengundian awal.

Bagaimanapun, hari ini Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey berkata tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal itu, kerana kesemua 43 pengundi awal yang terdiri dari anggota polis, akan menggunakan sistem undi pos.

Allahyarham Talib adalah Ahli DUN Jepak selama 27 tahun, dengan mengharungi enam pilihan raya negeri sejak 1996 dan sekali gus menjadikan kawasan DUN itu sebagai kubu kuat GPS.

Susulan pemergiannya, PRK ini akan menjadi medan pertama untuk GPS meletakkan muka baharu mewakili mereka, selepas hampir 30 tahun.

Rabu lalu, GPS mengakhiri teka-teki bakal calon mereka untuk PRK ini, apabila bekas pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak, Iskandar Turkee, diumumkan sebagai pilihan mereka.

Sebelum itu, dua parti pembangkang tempatan Sarawak sudah menamakan calon masing-masing bagi mencabar GPS, selain desas-desus kehadiran beberapa orang calon Bebas menyertai saingan dalam PRK itu turut kedengaran.

Sementara itu, Perikatan Nasional dalam kenyataan Rabu lalu mengumumkan, tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Jepak, kerana mereka ingin memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada PRK yang akan diadakan pada 2 Disember depan.

PKR Sarawak pula mengambil tindakan sama untuk tidak meletakkan calon di PRK Jepak, demi menjaga keharmonian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243. DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi berdaftar dengan majoritinya terdiri daripada etnik Melayu/Melanau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Politik 2 tahun yang lalu

Satu Lawan Satu Di PRK Kemaman

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran