web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hantar Pasukan Tentera Ke Palestin Perlu Disepakati Negara Jiran - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 4:40PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang tindakan untuk menghantar tentera Malaysia ke Palestin termasuk bagi menjalankan misi pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan perlu disepakati oleh negara-negara jiran terlebih dahulu.

Pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, Anwar berkata, jika perkara itu tidak dilaksanakan, ia akan menyebabkan pesawat negara tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.

“Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jadi saya minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” kata Anwar.

Justeru, Perdana Menteri meminta semua rakyat dan komuniti ummah untuk bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim Israel. 

Anwar berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan berlepas ke Jeddah pada malam ini atas undangan Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Mohammed bin Salman dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi mesyuarat tergempar OIC. 

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau turut akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Khamis ini, serta mengadakan perbincangan khusus mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kezaliman Israel terhadap Palestin.

“Putera Mohammed menelefon saya beberapa hari lalu, meminta saya sambung sehari lagi pada 21 Oktober supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.

“Saya akan berbincang dengan beberapa teman lain… UAE (Emiriah Arab Bersatu), Qatar, Mesir dan Turkiye sama ada perlu diadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin-pemimpin negara lain,” kata beliau.

Anwar berkata, beliau turut memberikan mandat penuh kepada Zambry untuk berbincang dan mengambil apa jua keputusan bagi menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin oleh kerana Israel telah menyekat sumber asas atau bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Selain itu, Perdana Menteri memberi jaminan untuk terus bersama dengan mana-mana negara yang menunjukkan solidariti dan simpati kepada Palestin.

“Pendirian kita adalah jelas, politik di Palestin ialah politics of dispossession. Tanah, harta benda mereka telah dirampas dan kita mesti kembalikan hak mereka ke atas tanah air mereka.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa sudah sampai ketikanya kerajaan Malaysia dengan hubungan yang diberikan, akan bersama dengan rakan-rakan untuk melakukan apa saja yang perlu,” kata beliau.

Perdana Menteri turut memaklumkan Malaysia secara dasarnya mempunyai hubungan dengan Hamas selepas mereka memenangi pilihan raya bebas dan tidak bersetuju dengan keputusan Eropah untuk terus menekan Hamas. 

Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menyumbang sebanyak RM10 juta bantuan awal kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Insya-Allah hari Khamis ini, sebelum saya berangkat ke Arab Saudi, sebanyak RM100 juta (tambahan daripada beberapa GLC) yang akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung perikemanusiaan dan perubatan,” kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar