web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Akan Terus Bersama Palestin - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 8:10PM

Ahmad Zahid Hamidi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Malaysia akan terus kekal menyokong perjuangan rakyat Palestin biarpun menerima ancaman bom di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru semalam berikutan sokongan negara terhadap Palestin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang ancaman diterima namun dalam masa sama menasihatkan rakyat supaya tidak khuatir.

“Pihak polis telah menyatakan itu adalah ancaman yang sengaja dibuat, cuma kita perlu berjaga-jaga dan tidak perlu khuatir pun,” katanya yang juga Presiden UMNO selepas merasmikan Pejabat UMNO Bahagian Tangga Batu di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Rais Yasin.

Semalam, seorang lelaki warga asing disyaki membuat panggilan telefon mendakwa meletakkan bom di pusat beli belah The Mall Mid Valley Southkey dan St Giles Hotel Southkey dengan amaran supaya berhenti menyokong Palestin.

Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus mengumpul derma bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan dengan serangan  berlanjutan ke atas mereka sejak sekian lama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad