web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Umum Pertukaran 23 Pegawai Kanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 8:45AM

SAC Nik Ezanee Mohd Faisal akan menggalas jawatan sebagai Penolong Pengarah di Cawangan Khas - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkuat kuasa 13 Nov ini. 

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alzafny Ahmad berkata timbalan Mohd Azman iaitu Datuk Mancha Anak Ata akan mengisi kekosongan itu dengan memangku pangkat Ketua Polis.

Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan 23 pegawai kanan PDRM di seluruh negara.

Turut bertukar jawatan ialah Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) Jabatan KDNKA Datuk Muhammad Abdul Halim yang dilantik sebagai Ketua Polis Perlis dan Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus pula akan dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.

“Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi yang sebelum ini merupakan Komander Unit Tindak Khas Pasukan Gerakan Khas KDNKA akan menggantikan Muhammad, manakala Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Datuk Pahlawan Shazeli Kahar ditukar ke jawatan yang disandang Ibrahim sebelum ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, menurutnya Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman SAC Nik Ezanee Mohd Faisal akan menggalas jawatan sebagai Penolong Pengarah di Cawangan Khas.

Alzafny berkata pertukaran lain membabitkan Penolong Pengarah Cawangan Khas SAC Azman Omar yang menggantikan Nik Ezanee, manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamarulzaman Elias dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah berkuat kuasa pada tarikh sama. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad