web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Bentang Belanjawan 2024 Malaysia Madani Petang Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 12:10PM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, petang ini.

Ia adalah belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Pembentangan Belanjawan 2024 akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan media sosial pada 4 petang ini.

Menerusi catatan dalam Facebook, Anwar berkata: "Moga inti pati pembentangan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini, selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara, insya-Allah”. 

Pembentangan belanjawan dijangka menyaksikan kerajaan mengumumkan langkah-langkah pembaharuan fiskal, mengukuhkan pengurusan dan mempelbagaikan sumber hasil, di samping mengurangkan ketirisan serta mengoptimumkan perbelanjaan. 

Selain itu, belanjawan yang mengandungi perancangan dan komitmen kerajaan bagi hala tuju negara pada tahun depan, sudah tentunya mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta kesejahteraan rakyat keseluruhan.

Belanjawan 2024 itu juga bakal menyaksikan penyepaduan dasar-dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI. 

Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 yang dibentangkan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan (16 Oktober) sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Oktober.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 November. BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad