web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Hargai Pengorbanan Warga Perbendaharaan Siapkan Belanjawan 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 5:10PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan dokumen ucapan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI ketika melakukan tinjauan di Kementerian Kewangan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan penghargaan buat warga Perbendaharaan, yang disifatkan beliau sebagai luar biasa kerana sedia berkorban dan bertungkus lumus menyiapkan laporan ekonomi, fiskal dan Belanjawan 2024.   

"Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada jentera Perbendaharaan ini, luar biasa kerja dengan tekun.

"Ada yang tidak balik rumah, ayah sakit pun tangguh sekejap, hari lahir anak pun tak dapat diadakan acara. Jadi itu tahap pengorbanan staf untuk siapkan laporan ekonomi, fiskal dan belanjawan.

"Jadi, tidak akan ada kekuatan itu, pencapaian itu tanpa kerjasama seluruh keluarga Perbendaharaan termasuk pasukan keselamatan," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada media selepas meninjau persiapan akhir Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan (MoF), di sini.

Anwar tiba di MoF pada kira-kira jam 12.50 tengah hari dan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri kemudian bergambar bersama-sama warga kerja MoF yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2024 sebelum menandatangani dokumen berkaitan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen esok.

Sementara itu, ditanya sama ada Belanjawan 2024 bakal menggembirakan rakyat, beliau berkata: "Ini tanggungjawab bersama."

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2024. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad