web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Palestin: JAIS Seru Masjid, Surau Anjur Solat Hajat, Qunut Nazilah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 1:45PM

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad. - gambar Jabatan Agama Islam Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua masjid dan surau di Selangor bersolidariti dengan melaksanakan solat hajat selepas solat fardu maghrib atau isyak serta bacaan Qunut Nazilah serta-merta, selama tujuh hari berturut-turut bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata seruan itu dibuat bagi mengharapkan bantuan daripada Allah agar rakyat Palestin diberikan kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah suci Baitulmuqaddis daripada cengkaman imperialisme.

“JAIS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. JAIS menyokong penuh apa juga tindakan rakyat Palestin dalam mempertahankan maruah dan tanah air Baitul Aqsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Semoga  kemenangan dan keamanan buat rakyat Palestin akan tercapai dengan doa seluruh umat Islam lalu memperoleh bantuan daripada Allah,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad