web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Israel: UNSC Perlu Ambil Tindakan Segera, Hentikan Segala Keganasan, Pertempuran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 3:30PM

Serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu mengakibatkan kematian seorang sukarelawan Palestin bernama Abu Romzi, yang telah berkhidmat di kemudahan itu sejak 2011. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu mengambil tindakan segera untuk menggesa semua pihak menghentikan segala tindakan keganasan dan pertempuran, susulan serangan terbaru Israel ke atas Palestin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu amat mustahak demi menghormati dan melindungi nyawa orang awam.

Menurut beliau, hak mutlak dan kebebasan rakyat Palestin perlu dikembalikan dan mereka berhak membentuk sebuah negara yang merdeka serta berdaulat, dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

“Pendirian dan dasar luar negara oleh kerajaan Madani dalam konflik Palestin-Israel adalah jelas dan tidak pernah berubah. 

“Perjuangan membebaskan tanah dan hak rakyat Palestin akan tetap menjadi salah satu tunjang keutamaan dasar luar kerajaan Malaysia,” katanya pada sesi penerangan menteri berhubung Perkembangan Semasa Konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas beliau, pendirian lantang dan tegas Malaysia sudah kerap kali dinyatakan secara jelas di setiap lapangan, keadaan dan masa, termasuk di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Perdana Menteri sendiri dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York pada 22 September lalu dengan tegas menekankan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin.

“Ketegasan Malaysia juga jelas dapat dilihat berdasarkan kenyataan keras yang seringkali dikeluarkan negara dalam mengecam dan membantah segala bentuk provokasi dan tindakan keganasan rejim Israel,” katanya.

Tegas Ahmad Zahid, ia termasuk menggesa masyarakat antarabangsa khususnya UNSC untuk terus menekan rejim Israel supaya menghentikan dasar apartheid, dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Dalam hal ini, katanya, Malaysia turut menyertai beberapa negara lain untuk mengemukakan kenyataan bertulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 25 Julai lalu mengenai pendudukan, penempatan haram dan pengilhakan (pengambilan wilayah tanpa kebenaran) yang berpanjangan Israel ke atas Wilayah Palestin sejak 1967.

“Malaysia terbuka dan akan terus menyokong segala usaha konkrit dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel. 

“Penyelesaian ini hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa dan resolusi UNSC serta memenuhi teras-teras yang telah saya nyatakan dahulu,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, usaha berkenaan termasuk memberi sokongan terhadap keabsahan rakyat Palestin membentuk sebuah negara yang bebas dari pencerobohan Israel secara berterusan dalam meluaskan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

“Sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia amat jelas dan merentasi segala aspek baik dari segi politik, ekonomi dan penyaluran bantuan kewangan, pembangunan kapasiti, termasuk pembangunan semula infrastruktur. 

“Sumbangan dan bantuan ini disalur dengan pelbagai cara samada secara dua hala, serantau atau pelbagai hala. Alhamdulillah, setakat ini bantuan kita ini membantu rakyat Palestin tidak pernah terhenti,” katanya.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, Malaysia selain bantuan kerajaan, turut menyalurkan sumbangan kemanusiaan hasil dana yang dikumpul menerusi sumbangan orang awam. 

“Ia dilaksana melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri. Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat untuk membantu rakyat Palestin bolehlah menggunakan saluran ini,” katanya. - Getaran, 9 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar