web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RUU Produk Kawalan Merokok Dibentang Bacaan Kali Kedua 10 Okt – Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 8:31PM

Dr Zaliha Mustafa. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023  akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Selasa ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata pembentangan rang undang-undang itu susulan keputusan jemaah menteri semalam.

“Pembentangan bacaan kedua rang undang-undang ini di Parlimen adalah suatu bentuk komitmen berterusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan Malaysia MADANI dalam memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dilindungi daripada bahaya produk merokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada 12 Jun lepas dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan dan penilaian telah dibuat oleh ahli-ahli JKPK bagi memantapkan rang undang-undang ini supaya dapat dibincangkan, diteliti dan disokong kesemua pihak (bipartisan).

Menurutnya JKPK telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan sesi libat urus bersama semua pihak-pihak berkepentingan termasuk KKM.

Dr Zaliha berkata setelah kesemua mesyuarat dan sesi libat urus, terdapat beberapa syor yang telah dikemukakan oleh JKPK dan KKM menerima baik semua syor-syor yang dicadangkan tersebut.

Terdahulu Dr Zaliha ketika ditemui pemberita  selepas melancarkan Twin Towers Mobile Clinic di Prince Court Medical Centre di sini berkata nota Jemaah Menteri berhubung Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sudah diserahkan kepada anggota Kabinet dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Beliau berkata nota berkenaan adalah supaya anggota Kabinet menerima usul yang dibawa oleh JKPK.

Rang undang-undang itu tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini dan dirujuk kepada JKPK.

Sementara itu mengulas mengenai klinik bergerak yang dirasmikan hari ini Dr Zaliha berkata ia merupakan satu inisiatif mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti.

Dalam ucapannya, beliau berkata KKM komited untuk meningkatkan kesihatan dan keselamatan tenaga kerja industri dan pelan strategik kementerian berkisar pada memastikan setiap pekerja tanpa mengira pekerjaan mereka, menikmati kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

“Kami (KKM) tetap berdedikasi untuk terus meningkatkan kesihatan pekerja industri kita dengan membangunkan dan melaksanakan dasar yang mengambil kira persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat,” katanya.

Menurut Twin Towers Medical Centre dalam kenyataan, Twin Towers Mobile Clinic bertujuan untuk merapatkan jurang kebolehcapaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di tapak, menyediakan penyelesaian komprehensif untuk membantu syarikat menangani kebimbangan berkaitan kesihatan dengan segera secara proaktif.

Menurut kenyataan itu, klinik bergerak berkenaan akan diuruskan oleh pasukan teras yang terdiri daripada doktor kesihatan pekerjaan, pasukan kejururawatan, jururadiografi dan pembantu tadbir serta dilengkapi dengan unit X-ray, katil pemeriksaan perubatan dan kawasan khusus untuk perundingan doktor dan ujian audiometri.

Pelbagai perkhidmatan akan ditawarkan termasuk pemeriksaan prapekerjaan, pengawasan perubatan, pemeriksaan kesihatan korporat atau pencegahan, penilaian kembali bekerja dan ujian audiometri tahunan, menurut kenyataan itu.

Sebagai permulaan, klinik bergerak akan disediakan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan di tapak di seluruh Lembah Klang, Sepang, Shah Alam dan Klang. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad