web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Waspada Kemungkinan Timbul Penyakit X Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 6:41PM

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. - gambar KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Siri Panduan Diet Malaysia dan Inisiatif ‘Healthy Eathing Responsibility For Women’ (HER) di sini hari ini, beliau berkata orang ramai tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap penyakit itu.

“Walaupun penyakit X tidak menjadi fokus dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-76 baru-baru ini, Malaysia tetap berwaspada terhadap kemungkinan kemunculan penyakit X.

“Kami juga berkeyakinan boleh menanganinya dengan berkesan berdasarkan pengalaman dengan wabak sebelum ini seperti COVID-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV,” katanya.

Selain itu, menurutnya sistem kesihatan Malaysia juga sentiasa diperkukuh untuk menghadapi penyakit tersebut, manakala maklumat mengenai wabak penyakit akan sentiasa disampaikan secara terbuka.

Beliau berkata orang ramai juga perlu mendapatkan maklumat dan membuat persediaan bagi menghadapi penyakit itu termasuk mengikuti garis panduan kesihatan, amalan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapatkan maklumat terbaharu tentang perkembangan penyakit berkenaan.

Penyakit X merupakan nama yang dicipta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018 untuk sejenis patogen yang tidak diketahui, dengan potensi untuk menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Walaupun sifat dan waktu penyakit X masih belum dikenal pasti, dilaporkan pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan tentang impak penyakit berkenaan.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian pada majlis berkenaan, Dr Muhammad Radzi berkata berat badan berlebihan dan obesiti kekal menjadi masalah utama kesihatan awam, dengan 50.1 peratus rakyat Malaysia direkodkan mempunyai masalah tersebut pada 2019.

Katanya Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia (NHMS) 2019 menunjukkan satu daripada tiga murid mengalami masalah itu, dengan peningkatan prevalen berlaku dalam kalangan murid berumur 10 hingga 17 tahun iaitu daripada 26.9 peratus pada 2012 kepada 30.4 peratus pada 2017.

Mengenai Siri Panduan Diet Malaysia, beliau berkata ia merupakan dokuman saintifik yang diterbitkan khas untuk populasi sihat, dengan mengandungi maklumat terkini serta saranan pendekatan bagi mencapai mesej utama tentang penjagaan makanan.

Inisitif HER pula merupakan kesinambungan dan terjemahan Panduan Diet Malaysia bagi mencegah dan mengawal masalah pemakanan dalam kalangan wanita umur reproduktif iaitu antara 15 tahun dan 49 tahun. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran