web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Arah Jabatan Tidak Jemput Tetamu Terlalu Awal Bagi Program Rasmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 8:28PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan replika cek bantuan di program Ramah Mesra Madani di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI ISKANDAR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan kerajaan yang menganjurkan program rasmi supaya tidak meminta tetamu hadir terlalu awal kerana ia boleh menjejaskan produktiviti negara.

Anwar berkata sekiranya tetamu diminta hadir dan menunggu begitu lama sebelum ketibaan orang kenamaan, ia akan hanya membazir waktu.

“Saya tengok dalam jadual (program hari ini), ketibaan Perdana Menteri jam 1 tengah hari, ketibaan jemputan jam 12 tengah hari, kenapa awal sangat, satu jam itu nak buat apa? Jadi saya minta semua jabatan kerajaan kalau urusan program ini, tukarlah sikit.

“Saya sampai 1.03 tengah hari, tetapi saya tengok program, ketibaan jemputan jam 12, naya ini. Jadi insya-Allah ini jadikan arahan, 10 minit, 15 minit sebelum itu tidak mengapa, nak atur tempat duduk dan sebagainya tetapi tidak perlu sampai tetamu diminta hadir begitu lama kerana itu membazir waktu dan mengurangkan produktiviti negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Ramah Mesra MADANI bersama YAB Perdana Menteri di sini hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan tentang kepentingan membayar zakat dengan memetik kata-kata ulama tersohor, Allahyarham Syeikh Yusuf Al-Qaradawi bahawa jarang negara berperang untuk membela orang miskin dalam sejarah umat manusia, melainkan untuk mencari kuasa dan harta.

“Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, buat pertama kali dalam sejarah kita ada Abu Bakar As-Siddiq atas nama Islam, keadilan, belas kasihan kepada fakir miskin, melancarkan perang terhadap mereka yang enggan membayar zakat kerana keengganan membayar zakat bermakna kesusahan orang miskin tidak dapat ditebus.

“Maknanya pertama kali dalam sejarah umat manusia, Abu Bakar As-Siddiq isytihar perang kepada orang yang tidak membayar zakat sebab institusi zakat ini sangat penting untuk mengukuhkan ekonomi MADANI, ekonomi Islam yang prihatin terhadap golongan miskin dan menderita,” katanya.

Pada program hari ini, Anwar turut menyampaikan Surat Kelulusan Projek Masjid Ar-Rahmaniah, Tronoh, serta bantuan makanan “Kotak Rezeki Ummat” daripada Myfundaction, selain bantuan peserta eKasih. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad