web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Libat Urus Program Basmi Miskin Tegar Langkah Proaktif Dekati Golongan Sasar – Dr Wan Azizah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 4:19PM

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui media pada program Pembasmian Miskin Tegar bagi Parlimen Bandar Tun Razak di Institut Latihan DBKL hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus Program Pembasmian Miskin Tegar yang dianjurkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah langkah proaktif ke arah merealisasikan aspirasi Kerajaan Perpaduan bagi menoktahkan kemiskinan tegar, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata menerusi program tersebut, agensi kerajaan dapat mengesan dan menyantuni golongan sasar yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Kita akui memang ada yang tercicir (daripada menerima bantuan), itu yang nak (kita) kurangkan dan kita nak tengok mereka yang betul-betul memerlukan itu dapat (bantuan), jadi sasaran kita (kena) tepat.. (ada sesetengah individu) nampak macam tak miskin tapi realitinya hidup dalam kesusahan.

“Oleh itu, dengan pasukan (melibatkan agensi-agensi kerajaan) yang kita ada akan membantu dan cuba menanganinya sebab apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nak (adalah) miskin tegar itu kita keluarkan (daripada kemiskinan) ... bantu orang yang hidup dalam kemiskinan, itu yang kita mahu capai dan tambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus Program Pembasmian Miskin Tegar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan Cheras di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cheras, di sini hari ini.

Program yang melibatkan 230 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan 77 KIR bagi Parlimen Cheras yang berdaftar dalam sistem eKasih, turut dihadiri Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai.

Sesi libat urus itu disertai Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), DBKL, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) serta wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut serta dalam program pembasmian miskin tegar itu adalah pempamer daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Giat Mara yang menawarkan peluang pekerjaan bersesuaian kepada KIR serta ahli isi rumah yang hadir.

Menerusi program berkenaan, JPM melaksanakan projek rintis pembasmian miskin tegar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seterusnya merealisasikan hasrat Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin tegar pada tahun ini.

Menurut data eKasih iaitu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program  berkaitan kemiskinan, setakat 31 Julai lepas, sejumlah 1,811 KIR tersenarai dalam kelompok miskin tegar di Kuala Lumpur.

Seorang KIR dari Parlimen Bandar Tun Razak yang juga peserta sesi libat urus itu, K. Kaneasan, 42, menyifatkan inisiatif yang dijalankan kerajaan menerusi sesi libat urus adalah bagus dan efektif khususnya dalam memudahkan urusan permohonan bantuan.

"Untuk membolehkan saya mendapatkan pelbagai bantuan seperti bantuan kewangan, bantuan untuk anak-anak, saya cuma perlu buat permohonan dengan menghantar borang dan laporan kesihatan untuk pendaftaran eKasih,” katanya.

Bapa kepada empat orang anak itu juga memaklumkan telah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan berikutan serangan jantung yang dialaminya baru-baru ini.

Sementara itu, Salamah Abdul Rahman, 73, yang menetap di Cheras pula mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan dalam membantu golongan sepertinya untuk meneruskan kehidupan dengan pelaksanaan program sedemikian. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran