web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Tikam Mati Isteri Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 12:33PM

Seorang bekas tentera direman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Seorang pesara tentera yang dipercayai menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar, Siti Nor Hasliza Md Ali bagi membantu siasatan kes itu.

Terdahulu, suspek berusia 38 tahun yang berpakaian lokap dan bergari tiba di pekarangan mahkamah dengan kenderaan polis pada jam 8.30 pagi.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki menikam mati isterinya, 31 tahun dengan sebilah pisau dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi dengan selimut tebal, selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, pada kira-kira jam 10 pagi. 

Mangsa, seorang jururawat dipercayai ditikam pada bahagian dada kiri dan tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dikesan pada tubuhnya.

Ahmad Mohsin berkata, suspek dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Dunia Ini Palsu, Saya Telah Menang’, Nota Tunjuk Suspek Alami Krisis Psikologi 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad