web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Lelaki Hilang Di Teluk Senangin Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 9:01PM

Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa yang timbul 10 meter dari lokasi selaman. - gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Teluk Senangin, Lumut sejak semalam ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, dijumpai pada 5.29 petang kira-kira 50 meter dari lokasi dia disyaki tenggelam.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Fahmi Hafizi berdepan cabaran susulan ombak besar dan hujan berterusan di lokasi kejadian, malah operasi pencarian dipecahkan kepada beberapa sektor yang merangkumi kawasan seluas 4.16 batu nautika atau 7.4 kilometer.

“Bot bomba digunakan di lokasi mangsa tenggelam dengan membuat beberapa pusingan sebagai usaha menimbulkan mangsa. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM juga membuat selaman di lokasi mangsa dipercayai tenggelam.

"Mayat mangsa kemudian timbul 10 meter dari lokasi selaman pasukan PPDA," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi SAR yang melibatkan 49 anggota daripada pelbagai agensi termasuk komuniti nelayan itu ditamatkan pada 6 petang.

Semalam, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.58 pagi berhubung kehilangan Muhammad Fahmi Hafizi di pantai tersebut. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar