web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Khas Kenderaan Perdagangan Minggu Depan - JPJ

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 11:33AM

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli memeriksa kenderaan pada Operasi Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar (Timur) di sini, malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan khususnya membabitkan lori membawa muatan pasir bermula minggu depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), Aedy Fadli Ramli berkata operasi khas itu dilaksanakan susulan kemalangan yang membabitkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, pada Rabu lalu sehingga mengorbankan dua nyawa.

“Arahan sudah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri supaya membuat operasi khas ke atas kenderaan perdagangan membawa lebihan muatan yang melanggar undang-undang serta boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Operasi khas itu akan diketuai oleh pengarah-pengarah JPJ setiap negeri. Ibu Pejabat JPJ khususnya Bahagian Penguatkuasa turut diarah untuk memantau operasi ini secara rapi dan mengemukakan laporan lengkap mengenai operasi itu kepada Pengurusan tertinggi JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Awan Besar, malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku pada 10.15 pagi Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh cedera selepas sebuah treler muatan batu pasir merempuh 14 kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.

Beliau berkata, laporan Pemeriksaan Audit Keselamatan berkaitan kemalangan itu dijangka akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya, perincian laporan itu tidak boleh didedahkan dan siasatan mendalam berhubung kemalangan itu sedang dijalankan oleh JPJ selaras dengan arahan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Kami baru sahaja terima laporan itu daripada Polis Diraja Malaysia dalam minggu ini dan JPJ akan membuat siasatan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Operasi Khas Banteras Penyeludupan: 14 Lelaki Ditahan, Babit Rampasan Lebih RM35 Juta

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad