web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akaun Peribadi Najib Terima AS$30 Juta Dari Syarikat Didakwa Ditubuhkan Jho Low

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 9:44PM

Najib Razak - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penganalisis daripada Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sebuah akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kemasukan US$30 juta daripada sebuah syarikat tersedia  Blackstone Asia Real Estate Partners, didakwa ditubuhkan oleh ahli perniagaan dalam buruan  Low Taek Jho atau Jho Low.

Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata pada 30 Okt 2012, sejumlah US$5 juta telah dibayar dan US$25 juta lagi dibayar pada 19 Nov pada tahun sama.

“Rekod Standard Chartered Bank untuk Blackstone Asia Real Estate Partners mengesahkan akaun yang menerima kedua-dua pindahan itu ialah akaun bernombor  ‘2112022009694’  di bawah nama ‘AmPrivate Banking – MR’ dengan AmIslamic.

Semakan ke atas rekod dan penyata bank bertarikh 31 Okt 2012 dan 20 Nov 2012 untuk akaun bernombor  2112022009694  di bawah nama  ’AmPrivate Banking – MR dan/atau Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak’ seperti diberikan AmIslamic sepadan dengan pindahan itu,” kata Adam Ariff.

Saksi ke-47 pendakwaan itu berkata demikian ketika menentusahkan laporan jejak kewangan semasa perbicaraan kes Najib melibatkan pertuduhan menyelewengkan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB)  

Dilaporkan Jho Low menubuhkan Blackstone Asia Real Estate Partners, sebuah syarikat tersedia dengan nama yang sama dengan firma ekuiti hartanah persendirian Blackstone Real Estate dan Low didakwa dengan sengaja menggunakan satu konvensyen penamaan untuk syarikat tersedia luar pesisir yang diwujudkannya bagi menyerupai syarikat yang telah matang dalam konspirasinya mengaut berjuta-juta dolar daripada 1MDB.  

Terdahulu, Adam Ariff mengesahkan RM60.6 juta yang diterima tertuduh dalam akaun bank peribadinya pada Februari dan Jun 2011 adalah daripada Bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang diterbitkan pada 2009 oleh syarikat sebelum sebelum 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang dinamakan semula sebagai 1MDB pada 25 Sept 2009. 

Pada hari pertama perbicaraan 28 Ogos 2019, pendakwaan berkata ia akan mendedahkan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan dalam pelbagai transaksi kepada akaun Najib, iaitu US$20 juta atau lebih RM60 juta dalam fasa pertama dan US$30 juta atau lebih RM90 juta dalam fasa kedua.

Pendakwaan juga akan menunjukkan US$681 juta atau lebih RM2 bilion telah dipindahkan dalam fasa ketiga dan transaksi dalam paun sterling British yang bersamaan jumlah digabungkan lebih RM49 juta dalam fasa keempat.

Najib kelihatan mengenakan kot dan bertali leher seperti biasa dalam kamar mahkamah hari ini sementara beberapa penyokongnya kelihatan duduk di galeri awam.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung esok. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar