web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benarkah Tun M Terbabit Pengubahan Wang Haram Di Taiwan?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2023 9:20AM

Tangkap layar laporan media Taiwan berhubung pengubahan wang haram oleh Dr Mahathir - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa terlibat dengan pengubahan wang haram secara rahsia di Taiwan,  sewaktu beliau masih menyandang portfolio Perdana Menteri.

Laporan oleh media Taiwan, news.ebc.net mendakwa, perbuatan itu dilakukan sekitar 1984 hingga 1999z

Dakwa news.ebc.net, ia melibatkan sejumlah RM830 bilion. 

Menamakan bekas pekerja Dr Mahathir sebagai sumber, portal berkenaan mendakwa, wang berkenaan adalah hasil rasuah.

Pempengaruh di X, CikyAnie yang menggunakan handle @lady_bugg11 berkata, isu berkenaan sebenarnya sudah didedahkan sejak 2021, namun tidak diberi perhatian oleh media Malaysia.

“Pendedahan media Taiwan mengesahkan Mahathir terlibat pengubahan wang haram sejak tahun 1984-1999 secara rahsia ke Taiwan Bank berjumlah RM830 bilion.

“Isu ini dah keluar sejak 2021 tapi tak di sambut. Apakah mungkin kali ini (Dr) Mahathir akan membiarkan pendedahan black money oleh Media di Taiwan,” katanya menerusi ciapan.

Jelas CikyAnie, pihak berkuasa Malaysia mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan pihak berkuasa Taiwan untuk mengambil kembali semua wang tersebut.

“Dan mungkin Malaysia buleh bekerjasama dgn Taiwan utk ambil duit tersebut sebagaimana kita lakukan dgn Goldman Sach yang berkait dgn 1MDB,” katanya.

Sementara itu, laporan media sama turut dikongsi Doxxer di akaun @doxxerMY.

“Media Taiwan buat pendedahan tentang korupsi Tun Mahathir yang berlaku pada tahun 1984-1999 yang melibatkan kehilangan wang negara RM830 bilion yang dimasukkan ke dalam bank di Taiwan melalui aktiviti sulit penggubahan wang haram secara gelap (secretly laundered black money),” katanya. 

Sehingga berita ini ditulis, Dr Mahathir yang sentiasa aktif di media sosial masih tidak memberi sebarang kenyataan balas. - Getaran, 18 September 2023

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad