web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Seludup Rokok, Arak Tidak Bercukai Tumpas, Jumlah Rampasan Lebih RM36 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 8:53AM

Antara barangan yang dirampas - gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam berjumlah lebih RM36 juta menerusi tiga serbuan di Kajang, 7 September lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Hazani Ghazali berkata risikan oleh Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar, Perisikan Siasatan Khas bersama Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras itu turut membongkar dua makmal haram memproses arak tiruan.

Beliau berkata hasil serbuan itu, polis menahan 10 lelaki terdiri daripada lima rakyat tempatan dan lima warga asing, selain merampas 73,800 karton rokok pelbagai jenis dan 24,573 kotak minuman keras tidak bercukai kastam bernilai lebih RM36 juta termasuk nilai cukai.

"Selain itu, turut dirampas peralatan dan mesin memproses minuman keras serta tiga kenderaan pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM395,575 manakala nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM36,478,585.

“Kesemua suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam, PDRM menahan 3,764 individu serta merampas pelbagai barangan seperti ubat palsu, barang tidak bercukai kastam, haiwan dan hidupan liar bernilai lebih RM726 juta.

Katanya kejayaan itu diraih PDRM menerusi tiga operasi iaitu Op Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah.

"PDRM sentiasa komited dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak bercukai kastam serta penyelewangan barangan kawalan dan bersubsidi agar hasil negara sentiasa dilindungi.

"Operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain akan diteruskan dan kerjasama orang ramai dalam penyaluran maklumat kepada polis juga amat digalakkan untuk membanteras sepenuhnya kegiatan jenayah ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 3 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 33 minit yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad