web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9 Mangsa Nahas Kemalangan Di Labis Masih Dirawat Di Hospital Segamat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 6:21PM

Kemalangan maut antara tiga kenderaan yang meragut nyawa tiga warga emas berhampiran Tenang Stesen, Labis, petang semalam. - gambar Facebook Komuniti Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Sembilan mangsa nahas melibatkan tiga kereta di Kilometer 167, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran dengan Tenang Stesen, Labis, dekat sini, semalam, masih menerima rawatan di Hospital Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata kemalangan yang berlaku pada 5.40 petang itu, membabitkan Perodua Alza, Toyota Hilux dan Honda Jazz, turut mengakibatkan tiga wanita warga emas berusia 62, 66 dan 89 tahun, yang maut di lokasi kejadian.

Beliau berkata mereka yang dirawat di hospital itu terdiri daripada pemandu dan enam penumpang Perodua Alza, berusia antara setahun hingga 38 tahun.

“Turut cedera dan menerima rawatan di situ adalah pemandu dan penumpang Toyota Hilux. Bagaimanapun, pemandu serta penumpang Honda Jazz tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Zamry berkata hasil siasatan mendapati Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan menghala ke Segamat dari Johor Bahru, cuba menukar lorong daripada lorong kanan ke lorong kiri.

Ketika menukar lorong, pemandu berkenaan gagal masuk sepenuhnya ke lorong kiri jalan dan telah dilanggar dari arah belakang sebelah kiri oleh Honda Jazz yang sedang bergerak di lorong kiri tersebut, katanya.

”Akibat pelanggaran itu, Toyota Hilux telah terbabas ke arah jalan bertentangan lalu melanggar Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan. Tiga penumpang Perodua Alza (tiga wanita warga emas) yang duduk di bahagian belakang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Ahmad Zamry.

Katanya mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Benut, Pontian, petang ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Segamat di talian 07-932 5811. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar