web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zambry Ketua Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak G77+China

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 11:36AM

Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, disambut oleh Ketua Pengarah Bahagian Am Perancangan Politik Kementerian Luar Negeri Republik Cuba, Machín Gómez ketika tiba di negara itu untuk menghadiri Sidang Kemuncak G77+China. – gambar Wisma Putra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mewakili Perdana Menteri untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan Kumpulan 77 dan China (G77+China) dari 15 hingga 16 Sept di Havana, Cuba.

Beliau dijangka menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia semasa Perbahasan Umum yang antara lain akan mengetengahkan pemacu dan minat Malaysia dalam bidang Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), perubahan iklim, jurang digital, serta kerjasama Selatan-Selatan dalam sains, teknologi dan inovasi.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata sidang kemuncak bertemakan “Current Development Challenges: The Role of Science, Technology and Innovation” itu akan menjadi peluang bagi Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran utama dan isu pembangunan teras di Selatan.

“Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan G77+China ini menunjukkan komitmennya terhadap kerjasama Selatan-Selatan, dalam usaha bersama untuk masa depan generasi akan datang yang mampan,” menurut kenyataan itu.

Zambry juga dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari beberapa Negara Anggota G77+China.

G77+China ialah organisasi antara kerajaan terbesar dalam kalangan negara membangun di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyediakan platform bagi negara-negara Selatan untuk menyuarakan, mempromosi dan memajukan kepentingan ekonomi secara kolektif serta kerjasama untuk pembangunan.

Malaysia adalah antara ahli pengasas kumpulan itu.

Semasa Sidang Kemuncak itu, dokumen bertajuk “Havana Declaration on Current Development Challenges: The Role of Science, Technology and Innovation” dijangka diterima pakai. – BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar