web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Che'gu Bard

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 8:57AM

Mohd Shuhaily Mohd Zain mendedahkan penahanan Che’gu Bard malam tadi tiada kaitan dengan penganjuran Perhimpunan Selamatkan Malaysia. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard, kerana keengganannya memberikan kerjasama ke atas siasatan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata Che'gu Bard ditahan di Jalan Raja Laut di sini malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang menyentuh konflik sempadan Malaysia-Indonesia, pemilikan harta pemimpin negara serta pendedahan dokumen rahsia besar sebuah jabatan kerajaan di media sosial.

Beliau berkata PDRM menerima enam laporan polis dan telah membuka lima kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Polis telah memanggil beliau beberapa kali untuk memberi kerjasama, namun gagal menghadirkan diri malah polis juga telah kemukakan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah kepadanya.

“Che'gu Bard sendiri telah menandatangani akuan penerimaan notis itu, namun enggan hadir ke mana-mana balai bagi dirakam percakapan tanpa memberikan sebarang alasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, malam ini.

Mohd Shuhaily berkata kegagalan Che'gu Bard dalam membantu PDRM melengkapkan proses siasatan ke atasnya, seolah-olah mencabar proses siasatan dan perundangan negara.

“Ia termasuklah kegagalannya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pagi tadi, sekali gus menyebabkan tangkapan dibuat setelah mendapat Waran Tangkap dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam,” katanya.

Beliau berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1997, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sementara itu, mengulas sama ada penahanan beliau mempunyai kaitan dengan ‘Perhimpunan Selamatkan Malaysia’, Mohd Shuhaily menafikan perkara berkenaan.

“Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa penahanan Che'gu Bard pada malam ini tidak mempunyai kaitan dengan perhimpunan berkenaan pada Sabtu ini dan dia bukan salah seorang daripada pemohon perhimpunan,” katanya sambil menambah, PDRM akan cuba menyelesaikan rakaman percakapan Che'gu Bard pada malam ini jika mendapat kerjasama yang baik. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad