web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 40,000 Dijangka Meriahkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 8:20PM

Poster Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2023.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 40,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Merdeka, di sini, bagi memeriahkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2023 (FPM@KL 2023) yang berlangsung mulai esok hingga 17 September ini.

Pengarah Projek FPM@KL 2023, Rosdianah Roman berkata, FPM@KL 2023 merangkumi pelbagai aktiviti dan pengisian seperti pertandingan permainan tradisional, permainan interaktif, pameran, demonstrasi, persembahan serta jualan.

"FPM@KL 2023 mengangkat permainan tradisional Malaysia sebagai teras programnya dan seramai 1,520 peserta terdiri daripada badan beruniform serta sektor korporat akan terlibat.

"Kita juga menyasarkan penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, selain penglibatan daripada pelancong asing," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Rosdianah yang juga Penolong Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) berkata terdapat lebih 25 aktiviti menarik disediakan merangkumi himpunan permainan tradisional, membabitkan bola sepak kain sarong, sepak raga ratus, kelereng, batu seremban, dam aji, galah panjang, kabaddi, terompah gergasi dan tuju tinju.

"Kita juga menganjurkan pertandingan Tarik Tali Terbuka Antarabangsa Kuala Lumpur yang turut menerima penyertaan dari lapan negara luar iaitu Brunei, Taiwan, India, Afrika Selatan, Thailand, Nepal, Sri Lanka dan Mongolia yang diselaraskan Persatuan Tarik Tali WPKL, selain pertandingan dart dan lastik yang dilaksanakan Jabatan Belia dan Sukan WPKL.

"Sebagai kelainan, tahun ini kita membawakan demonstrasi permainan chingay atau aksi akrobatik menggunakan bendera yang cukup popular di Pulau Pinang dan demontrasi permainan tradisional dari Sabah dan Sarawak iaitu rampanau, magunatip, mintubow (gasing Sarawak) dan menyumpit," katanya.

Pada masa sama, katanya, seramai 10,000 peserta daripada acara Keretapi Sarong 2023 turut menjadikan Dataran Merdeka sebagai lokasi terakhir berkumpul sekali gus memeriahkan lagi penganjuran FPM @ KL 2023 serta sambutan Hari Malaysia.

FPM@KL 2023 turut bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam menggalakkan usaha kitar semula supaya bebas sampah sepanjang tiga hari festival itu berlangsung.

"Kita berharap setiap aktiviti yang diadakan ini dapat membina jambatan perpaduan, semangat setia kawan, sikap hormat menghormati melalui permainan tradisonal selain menyediakan ruang dan peluang untuk menjana pendapatan kepada usahawan seni budaya sekali gus menggalakkan ekonomi setempat,” katanya.

FPM@KL 2023 dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi JKKNWPKL dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ribuan Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Semai Semangat Patriotik Sempena Hari Malaysia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Siasat Peserta Perhimpunan Hadapan Sogo, Dataran

4

Budaya 3 tahun yang lalu

Hari Kebangsaan 2022: Pengacara ‘Otai’ Teruja Kembali Beraksi Di Dataran Merdeka

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad