web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Kebangsaan 2022: Pengacara ‘Otai’ Teruja Kembali Beraksi Di Dataran Merdeka

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 9:40AM

Peserta Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2022 mengibarkan Jalur Gemilang. - Gambar hiasan oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengacara ‘Otai' bagi sambutan Hari Kebangsaan tidak sabar untuk kembali beraksi di pentas setelah dua tahun tidak mengacarakan acara itu di Dataran Merdeka akibat pandemik COVID-19. 

Saifulkhairi Ahmad, 51, yang terlibat dalam mengacarakan perarakan Hari Kebangsaan selama 12 tahun berkata sememangnya beliau teruja untuk kembali beraksi dan menjangkakan sambutan yang meriah pada tahun ini.

“Dua tahun tak berada di Dataran Merdeka, rasa seperti mimpi di siang hari dapat kembali beraksi, dapat bersama kembali dengan rakan-rakan pengacara Pang Chin Fei, Terrence Dass dan juga ahli baharu kami Geegee Ahmad, ini merupakan satu perkara yang mengujakan.

“Pada saya, semangat tu tak pernah kurang, saya sendiri menanti-nantikan bulan Ogos ini, saya kira kalau kita tengok kemeriahan di ibu kota sendiri, Jalur Gemilang tetap berkibar di sepanjang laluan kalau saya dari rumah nak pergi ke pejabat tu memang nampak,” katanya kepada Bernama.

Saifulkhairi yang juga penulis skrip pengacaraan sambutan itu turut menyeru agar orang ramai hadir dan memeriahkan acara berkenaan esok (Rabu) agar dapat menghayati erti kemerdekaan.

“Saya menyeru kepada semua warga kota ataupun penduduk di Lembah Klang, juga penduduk di seluruh negara kita agar sambut sebaiknya hari kemerdekaan, hargai apa itu hari kemerdekaan.

“Nilaikan kemerdekaan yang kita kecapi dengan negara jiran kita, bagaimana mereka mengecapi kemerdekaan dan fikirkan apa sumbangan kita kepada negara selepas itu,” katanya. 

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen utama negara dan bakal menyaksikan penyertaan kontinjen perbarisan daripada badan beruniform dan korporat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ribuan Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Semai Semangat Patriotik Sempena Hari Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 40,000 Dijangka Meriahkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2023

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN