web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Timbalan Speaker Tegur Ahli Parlimen Tidak Jadikan Dewan Rakyat Pasar Borong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 3:44PM

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor pada perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor menegur Ahli Parlimen supaya menjaga kelakuan dan tidak menjadikan suasana persidangan Dewan Rakyat seperti di pasar borong.

Teguran itu dibuat susulan beberapa Ahli Parlimen ‘bertikam lidah’ dan bangun untuk membangkitkan Peraturan Mesyuarat berhubung perkara yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini. 

“Saya nak dengar, kalau yang berhormat nak juga jadi pasar borong, fakta tak dapat direkod dan penjelasan saya tak dapat dengar jadi saya minta kerjasama agar bertenang… janganlah kita ubah kuorum ini menjadi pasar ikan,” katanya.

Terdahulu ketika perbahasannya, Takiyuddin mempersoal penggunaan tiga helikopter oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebuah majlis di Sungai Besar, Selangor yang didakwanya menggunakan peruntukan besar, sedangkan sebelum ini Anwar dikatakan menolak perbelanjaan baik pulih kediaman dan kereta untuk bantu golongan sasar. 

Kenyataan Takiyuddin itu menyebabkan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mencelah dan meminta penjelasan berhubung perkara itu, selain Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (6) mengenai seorang ahli dewan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli lain.

“Apa yang dikatakan (Ahli Parlimen) Kota Bharu adalah fitnah apabila nyatakan kerajaan belanja berpuluh ribu ringgit buat helipad untuk perdana menteri, kena tanya fakta betul atau tidak… apa yang Kota Bharu kata semua daripada netizen, cybertrooper mereka, tidak boleh buat apa-apa tuduhan tidak berasas.

“Jangan ikut laporan daripada Facebook atau TikTok mereka, tetapi kita ini di dewan mulia, kita tak boleh bawa apa sahaja daripada netizen sebagai satu kebenaran, (kenyataan) itu bukan kebenaran,” katanya.

Turut bangun pada sesi itu adalah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 37 (2) mengenai pengerusi mempunyai kuasa tidak membenarkan mana-mana ahli dewan minta penjelasan jika dipercayai mempunyai niat untuk mengacau ahli dewan yang sedang berucap. 

“Kita ada Peraturan Mesyuarat yang jelas dan kes-kes macam ini semata-mata untuk mengganggu perbahasan yang sedang dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Bharu,” katanya.

Bagaimanapun penjelasan Kiandee itu menyebabkan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) bangkit mencelah dan menyifatkan kenyataan itu adalah sangkaan jahat.

Ramli kemudian membuat ketetapan supaya Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Takiyuddin untuk mengemukakan usul supaya perkara itu boleh dinilai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk dibawa ke Parlimen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 15 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar