web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Diwajibkan Jalani Pemeriksaan Kesihatan - Speaker

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 2:36PM

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata ia susulan saranan yang dibuat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

“Saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan melibatkan Ahli Yang Berhormat di dalam dan di luar Dewan Rakyat malahan terdapat kes yang menyebabkan kematian.

“… sehubungan itu, surat pelaksanaan pemeriksaan kesihatan kepada Ahli Yang Berhormat telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat semalam, 12 Sept 2023," katanya dalam pemakluman semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan kesihatan ini boleh dilaksanakan di Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di klinik kesihatan atau fasiliti swasta seperti yang diperincikan dalam surat itu dan tarikh akhir bagi menjalani pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Okt ini. 

Johari berkata beliau telah menyaksikan kira-kira 11 Ahli Parlimen ‘tumbang’ sepanjang tempoh 15 tahun, justeru, beliau meminta wakil rakyat supaya mengambil serius isu kesihatan mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Parlimen Gunakan Sistem EHantar Bagi Urusan Dewan Mulai Esok - Johari

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lafaz Rukun Negara Setiap Sesi Pembukaan Penggal Dewan Rakyat - Johari

4

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Libatkan Saya Dengan Permainan Politik - Johari

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 27 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad