web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasa Dua Juruterbang Nahas Pesawat Terhempas Diiktiraf Persekutuan Pengakap Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 4:52PM

Hasany Aras Abdul Azim, 42 yang mewakili abangnya, Allahyarham Heikal dan Mohd Zaini Abd Ghani, 56, yang mewakili Allahyarham Mohamad Naim Fawwaz bersama Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Penglibatan aktif dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos lepas dalam persatuan pengakap mendapat pengiktirafan apabila diberikan Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

Penganugerahan pingat dan sijil kepada Allahyarham Kapten Heikal Aras Abdul Azim dan Allahyarham Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam merangkap Presiden Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka.

Lebih istimewa, penganugerahan itu satu kejutan buat keluarga Allahyarham Kapten Heikal Aras yang tidak menduga arwah masih aktif dalam badan beruniform tersebut malah merupakan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Melaka (Program Pengakap Udara).

Adik kepada Allahyarham, Hasany Aras, 42, berkata beliau dan keluarga terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Persekutuan Pengakap Malaysia dan memintanya mewakili Allahyarham menerima anugerah tersebut.

"Memang langsung tak duga. Setahu kami, abang saya memang sertai pengakap pada zaman sekolah rendah tetapi sejauh mana arwah aktif, memang kami semua tidak tahu.

"Jadi ini mungkin satu daripada bakti arwah sepanjang menyertai pengakap udara dan kumpulan kecilnya bersama rakan penerbangan dalam melakukan kerja-kerja kebajikan" katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka dan Sijil Pengakap Raja di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Zaini Abd Ghani, 56, pula berkata beliau sebak apabila diberi penghormatan mewakili rakannya, Allahyarham Mohamad Naim Fawwaz menerima anugerah itu.

Mengenali Mohamad Naim Fawwaz sejak 15 tahun lepas, Mohd Zaini berkata arwah merupakan seorang yang ringan tulang dan pernah menerbangkan pesawat membawa Mohd Ali dari Segamat, Johor ke Melaka bagi satu program yang dianjurkan oleh pengakap udara.

"Kami memang rapat malah saya anggap arwah seperti adik sendiri. Kami banyak berkongsi idea, sama ada berkaitan aktiviti pengakap atau penerbangan memandangkan arwah memang aktif dalam pengakap sejak sekolah.

"Walaupun menjadi juruterbang di luar negara dan sibuk dengan aktiviti harian, arwah tetap aktif dalam pengakap udara malah masih berkongsi idea dan pengalaman dengan ahli pengakap udara di sini," katanya.

Terdahulu, seramai 25 tokoh menerima Anugerah Gemilang Presiden manakala 44 individu menerima Anugerah Presiden dan 26 ahli Pengakap Remaja menerima Anugerah Sijil Pengakap Raja. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad