web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cyberjaya Mampu Jadi Lokasi Pilihan Pelaburan Teknologi – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 4:24PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Cyberjaya, yang pembangunannya dipacu menerusi Pelan Induk Cyberjaya, mampu menjadi lokasi pilihan pelaburan teknologi melalui penyertaan syarikat-syarikat teknologi tempatan dan juga antarabangsa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Pelan Induk Cyberjaya yang dilancarkan pada 2019, sebagai strategi untuk Cyberjaya membangun selari dengan perkembangan teknologi dan inovasi, memberi tumpuan kepada tiga tunggak utama iaitu mobiliti pintar, penjagaan kesihatan pintar dan digital kreatif.

Dalam ucapannya pada majlis penutup InnoEx 2023 di sini hari ini yang dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Anwar menyenaraikan syarikat-syarikat terkemuka yang telah memilih Cyberjaya sebagai lokasi untuk bertapak.

Antaranya syarikat multinasional tempatan seperti Aerodyne Technologies iaitu syarikat penyelesaian dron nombor satu dunia yang memberikan penyelesaian automasi di bidang pertanian dan penyeliaan.

Selain itu, katanya syarikat dari Amerika Syarikat, Hematogenix, telah memilih Cyberjaya untuk menubuhkan Pusat Makmal Onkologi mereka bagi seluruh Asia Pasifik.

Terbaharu, katanya Cyberjaya telah dipilih sebagai ibu pejabat serantau untuk Tesla dan menurut perunding hartanah global Knight Frank, Cyberjaya adalah destinasi terkemuka di Asia Tenggara untuk pelaburan pusat data global.

Cyberjaya juga menjadi tumpuan penggiat seni animasi dan digital kreatif tempatan seperti Monsta Studios, Wau Animation dan Durioo+, katanya.

Anwar berkata difahamkan Cyberjaya kini mempunyai lebih 146,000 penduduk dengan kira-kira 40,000 daripadanya bekerja di lebih 400 syarikat berstatus Malaysia Digital.

Beliau berkata Cyberjaya telah membimbing lebih 400 syarikat pemula seperti Campfyre, Laundrydone, Beebotic, ERTH dan Kumpool.

“Beberapa syarikat pemula kini meneroka pasaran global dan diiktiraf melalui pelbagai anugerah dan pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa,” kata beliau dan menamakan Monsta Studios, Wau Animation, BillPlz, Supagene, dan IX Telecom sebagai antara syarikat itu.

“Saya amat berbangga dengan kejayaan anak-anak tempatan kita yang telah sekian lama bertapak dan mengusahakan pembangunan aplikasi, harta intelek digital, solusi teknologi dan pelbagai produk dan perkhidmatan berteraskan inovasi,” katanya.

Anwar berkata Cyberview, yang menerajui pembangunan Cyberjaya dan merupakan pemaju hub teknologi, telah memainkan peranan dalam menyokong pertumbuhan syarikat-syarikat pemula melalui pemberian galakan khususnya di bawah program Cyberview Living Lab Accelerator Programme (CLLA).

“CCLA telah lama dan terawal dalam menawarkan khidmat, bimbingan dan akses dan setakat ini berjaya menyuntik RM6 juta bagi membimbing lebih 90 syarikat pemula sejak ditubuhkan,” kata beliau. Difahamkan 70 peratus daripada jumlah syarikat itu masih aktif.

Secara kolektif, katanya syarikat bimbingan CLLA telah menarik lebih RM256 juta nilai pelaburan yang secara langsung juga telah memberi impak kepada ekonomi dengan mewujudkan lebih 1,400 pekerjaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran