web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: Peratusan Keluar Mengundi Rendah Di Pulai Kerana Cuaca – Pengerusi SPR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 1:29PM

Abdul Ghani ketika meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi di SMK Taman Bukit Indah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Abdul Ghani berkata setakat pukul 11 pagi ini, hanya 19 peratus pengundi direkodkan telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk Parlimen Pulai, manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula 26 peratus.

Bagaimanapun, katanya proses pengundian di kedua-dua PRK itu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dan berharap sasaran lebih 70 peratus keluar mengundi tercapai.

“Setakat ini, kita lihat kebanyakan pengundi yang keluar mengundi adalah di saluran satu, dua dan tiga pada pagi ini. Mungkin, orang muda ambil masa sedikit dengan mengundi pada sebelah petang nanti,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di sini hari ini.

Abdul Ghani turut menyeru pengundi yang layak agar keluar menunaikan tanggungjawab mereka, memandangkan keadaan cuaca terutama di Pulai bertambah baik dengan mendung selepas hujan lebat sekitar 9.30 pagi tadi.

Terdahulu tinjauan Bernama mendapati, biarpun hujan lebat di beberapa kawasan di Parlimen Pulai termasuk pusat mengundi SMK Taman Bukit Indah, namun dengan berpayung, pengundi tetap keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.

Seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini, dengan 165,509 pemilih merupakan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi.

Terdapat sebanyak 47 pusat mengundi membabitkan 294 saluran di Parlimen Pulai, manakala DUN Simpang Jeram pula sebanyak 14 pusat mengundi dengan 68 saluran. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad