web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK: 205,810 Pengundi Memilih Wakil Rakyat Di Parlimen Pulai, Simpang Jeram Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 8:16AM

Pusat Mengundi bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram mulai dibuka pada jam 8 pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Seramai 205,810 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), data itu merupakan angka yang diambil kira selepas proses pengundian awal selesai, Selasa lepas (5 Sept) melibatkan 831 pemilih polis dan penghantaran 304 undi pos, sebelum itu.

Tempoh 14 hari berkempen bagi kedua-dua PRK itu berakhir pada pukul 11.59 malam tadi.

Tepat pukul 8 pagi hari ini, 61 pusat mengundi akan dibuka, melibatkan 47 pusat mengundi dengan 294 saluran di Parlimen Pulai, manakala terdapat 14 pusat mengundi membabitkan  68 saluran di DUN Simpang Jeram, akan dibuka sehingga pukul 6 petang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca hujan di sebelah pagi di kedua-dua kawasan, manakala ribut petir pada waktu petang.

Kedua-dua PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.

Bagi Pulai, calon PH Suhaizan Kaiat akan bertemu Zulkifli Jaafar (PN) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi, manakala di Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman (PH) akan bertemu pakar bedah Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan calon bebas S. Jeganathan.

PRK kedua-dua kerusi tersebut diadakan susulan kekosongan luar jangka akibat pemergian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad