web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Deretan 8 Kedai Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 8:30AM

Lapan kedai dua tingkat di Jalan Datuk Keramat, GeorgeTown musnah dalam kebakaran malam tadi. gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Datuk Keramat, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, A'azelan Hassan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam sebelum jentera pertama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak terus ke lokasi kejadian.

"Sebaik pihak bomba tiba mendapati api sedang marak dan beberapa buah kedai yang terletak berhadapan restoran nasi kandar terkenal di situ sedang terbakar, pihak bomba menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

@getaranmy Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Datuk Keramat, di sini, musnah dalam kebakaran malam ini. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, A'azelan Hassan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam sebelum jentera pertama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak terus ke lokasi kejadian. Kredit video: @saifulbaterikupenang #getaranmy #beritatiktok #Semasa #TERKINI #fyp ♬ original sound - Getaran

 
"Kebakaran itu menyebabkan lapan buah kedai sederet di situ yang berkeluasan 4,800 kaki persegi terbakar, namun setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kedai-kedai lain yang terdapat di deretan di situ dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu dibantu lebih 100 pegawai dan anggota melibatkan BBP dari Lebuh Pantai, Bagan Jermal, Bayan Baru, Bandar Perda dan Sungai Bakap serta Pasukan Bomba Sukarela. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad