web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undi Pos Rakyat Malaysia Di Singapura Kurang Memberangsangkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 8:16PM

Pengundi Malaysia di Singapura diharap segera memulangkan kertas undi yang sudah ditanda menjelang hari terakhir penyerahan malam esok. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kutipan undi pos pengundi Malaysia di Singapura bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kurang memberangsangkan.

Sukarelawan Malaysia di bawah inisiatif ‘Vote Malaysia' Farrah Diyana Mohamad Ali, 35 berkata setakat ini, hanya dua kertas undi diterima namun berharap jumlah itu akan bertambah pada hari terakhir penyerahan iaitu malam esok.

Beliau berkata mereka masih menggunakan kaedah sama dengan mewujudkan lima zon pengumpulan meliputi kawasan tengah, timur, barat, utara serta selatan di republik itu dan pengundi hanya perlu menghubungi sukarelawan untuk menetapkan waktu untuk penyerahan undi.

"Kami sudah mula buat kutipan bermula 1 Sept lagi dan akan berakhir esok malam. Untuk PRK kali ini, kami kurang maklum berapa ramai rakyat Malaysia yang akan mengundi namun daripada survei yang kami dapat, jumlahnya sangat sedikit.

"Untuk kali ini, kami akan menggunakan pengangkutan darat iaitu pengangkutan sendiri untuk menghantar kertas undi ke Dewan Jubli Intan, Johor Bahru dan kami akan keluar awal pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya," katanya kepada Bernama.

1thirdmedia Movement adalah antara gerakan yang menjalin kerjasama dengan UNDI18, sebuah gerakan belia Malaysia, bagi membantu mengutip undi pos pengundi Malaysia yang bekerja dan menetap di Singapura.

Ia telah melakukan perkara yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pilihan Raya Umum Ke-15 dan PRN di enam negeri pada Ogos lepas.

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan sejumlah 304 kertas undi pos telah dikeluarkan bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Jumlah itu terdiri daripada 226 kertas undi bagi Parlimen Pulai dan 78 bagi DUN Simpang Jeram.

PRK bagi Parlimen Pulai serta DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

SPR menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi diadakan serentak Sabtu ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad