web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhammad Hafizuddeain Dilantik Panglima Tentera Darat Yang Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 7:11PM

Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan. - gambar Facebook Tentera Darat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Panglima Tentera Darat (PTD) Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dilantik sebagai PTD yang ke-30 berkuat kuasa hari ini.

Muhammad Hafizuddeain, 55, turut dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan mengambil alih jawatan nombor satu dalam Tentera Darat daripada Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas PTD disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Muhammad Hafizuddeain, 55, yang dilahirkan di Segamat, Johor pada 18 April 1968, sebelum ini dilantik sebagai Timbalan PTD pada 23 Mac tahun ini.

Mendapat pendidikan menengah dari Maktab Tentera Diraja pada 1985, Muhammad Hafizuddeain  memulakan khidmat pada 19 Ogos 1986 sebagai Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai Lt Muda dalam kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dua tahun kemudian.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu memiliki pengalaman yang cukup luas kerana telah memegang pelbagai jawatan penting di peringkat Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) sebagai pemerintah, staf dan jurulatih.

Sepanjang perkhidmatan, beliau juga menghadiri pelbagai kursus antaranya Diploma Sains Pengurusan di Institut Tadbiran Awam Negara, Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Sarjana Pengurusan di Filipina, Infantry Officer Advance Course di Amerika Syarikat dan Royal College of Defence Studies di United Kingdom.

Antara jawatan penting yang pernah disandang Muhammad Hafizuddeain ialah Pegawai Memerintah di Batalion Keempat RAMD (2003-2005), Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia (2018-2020) dan Panglima Medan Barat Tentera Darat (2021-2023).

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Staf di Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (2009-2010), Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Dasar MINDEF (2014-2016) dan Ketua Staf di Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (2016-2017). - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad