web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Pahang Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Johari Harun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 11:08AM

Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. 

Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang merakamkan ucapan itu sebelum sesi soal jawab bermula pada persidangan DUN di Wisma Sri Pahang di sini, juga sebak semasa membaca profil ringkas Allahyarham.

"Sesungguhnya rezeki, jodoh dan ajal adalah di tangan dan ketentuan Allah S.W.T. Hari terus beredar dan masa cepat berlalu, namun kita masih ingat, sedih dan berasa pilu terutamanya semasa menerima berita pemergian Allahyarham Johari. 

"Sama-sama kita ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga isteri beliau, Datin Seri Maziah Samsudin tabah menerima ketentuan Ilahi. al-Fatihah dan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama mereka yang beriman," katanya. 

Mohd Sharkar seterusnya menjemput semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang yang beragama Islam untuk menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarham, manakala yang bukan Islam bertafakur selama seminit. 

Johari, 53, adalah antara 10 yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Selangor dan sudah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.50 petang.

Selain lapan individu dalam pesawat, nahas itu turut mengorbankan masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing yang melalui jalan itu semasa pesawat malang tersebut terhempas.

Johari adalah ADUN Pelangai selepas menang kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sebelum dilantik untuk menjadi sebahagian daripada 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk sektor korporat. 

Pada PRU15, Johari yang bertanding kali pertama atas tiket BN menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang memperoleh 3,260 undi; calon Pakatan Harapan (PH), Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang, Isa Ahmad (65 undi). 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai berlangsung pada 7 Okt ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Sept ini, manakala 3 Okt sebagai hari pengundian awal. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Juruterbang Maut Pesawat Bertembung Ketika Pertunjukan Udara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

10 Mangsa Maut di Elmina Diklasifikasikan Sebagai Kematian Mengejut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Tegas Terhadap Individu Tular Video Mangsa Nahas Pesawat - Ayob Khan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Air Mata Dan Elmina, Sejarah Duka Buat Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek