web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


10 Mangsa Maut di Elmina Diklasifikasikan Sebagai Kematian Mengejut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 8:13PM

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian 10 mangsa yang terlibat dalam kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lalu sebagai kematian mengejut (SDR). 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan insiden tersebut masih dijalankan dan buat masa ini nahas tersebut dilihat sebagai kes kemalangan semata-mata. 

“Kami akan menunggu laporan daripada Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU)  yang dijangka mengambil masa kira-kira sebulan untuk tindakan selanjutnya jika perlu,” katanya pada sidang media bagi hebahan PDRM Selangor Merdeka Ride Karnival di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut tidak seharusnya ditimbulkan kerana akan mengganggu emosi waris keluargsa mangsa. 

"Ada spekulasi berhubung unsur jenayah dan sebagainya, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana akan menggusarkan keluarga mangsa. Saya nasihatkan kepada awam, ada sebarang maklumat terus salurkan kepada polis untuk siasatan lanjut, itu sebaiknya," katanya.

Pada Ahad lalu, Hussein mengesahkan tiada lagi mana-mana individu yang terlibat dan terkorban selain daripada 10 mangsa itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun, 53.

Turut berada dalam pesawat itu adalah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41. 

Dua lagi adalah orang awam iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Bernilai Lebih RM10 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

DUN Pahang Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Johari Harun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Tegas Terhadap Individu Tular Video Mangsa Nahas Pesawat - Ayob Khan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Air Mata Dan Elmina, Sejarah Duka Buat Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 6 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad