web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Dusuki, Berhentilah Menjaja Fitnah, Hormati Keputusan Mahkamah - Mujahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 8:21AM

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani diingatkan supaya segera menghentikan fitnah yang dijaja membabitkan aset Tabung Haji (TH).

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Ahmad Dusuki perlu menghormati keputusan mahkamah yang kekal menolak saman difailkannya.

Menurut beliau, Ahmad Dusuki juga perlu menghormati umat Islam dan setiap pendeposit TH.

“Apa motif beliau? Saya harap beliau noktahkan isu ini dan mari bersama membangunkan umat Islam menjauhi diri dari budaya fitnah,” katanya.

Serentak dengan itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak tersebut memberitahu, peguamnya sudah diarahkan untuk meneliti setiap kata-kata Ahmad Dusuki selepas kalah saman dan akan bertindak dengan penuh amanah demi memelihara kemuliaan TH.

“Saya mengikuti perkembangan Ustaz Dasuki Rani yang kalah saman beliau kepada saya dalam kes aset TH dijual kepada bukan Islam. 

“Beliau meneruskan fitnah ini walaupun setelah dua mahkamah iaitu (Mahkamah) Sesyen dan (Mahkamah) Tinggi telah memutuskan bahawa tiada aset TH dijual kepada bukan Islam,” katanya.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, Ahmad Dusuki gagal menggunakan satu lagi ruang rayuan di Mahkamah Putrajaya apabila beliau menarik balik rayuannya pada 28 Ogos lalu.

“Sepatutnya ketidakpuasan hati beliau kepada keputusan dua mahkamah didengarkan dan dihujahkan ke hadapan Mahkamah Putrajaya yang akan diadili oleh tiga orang hakim. 

“Malangnya, beliau tarik diri atas kerelaan sendiri tetapi memilih untuk meneruskan fitnah ke atas TH di pentas politik dan di media sosial,” katanya. 

Tegas Mujahid, kebanyakan hujah terbabit telah didengari serta dijawab di bilik perbicaraan, malah kesemua jawapan sudah diperiksa balas, masing-masing oleh peguam beliau serta Ahmad Dusuki sendiri di hadapan Hakim. 

“Tindak balas beliau meneruskan siri fitnahnya ke atas TH dengan sentimen aset TH dijual kepada bukan Islam menimbulkan keresahan orang ramai. 

“TH adalah instituisi mulia umat Islam yang telah menjadi bahan politik murahan beliau walaupun dibuktikan di mahkamah bahawa fitnah beliau adalah tidak benar,” katanya.

Ahli Dewan Negara itu memberi ingatan, orang ramai perlu menjauhi pemfitnah dan politik toksik kebencian diputarkan oleh pihak yang menyokong dan mempertahankan fitnah. 

“Saya ingatkan kepada beliau dengan hadis Nabi s.a.w  dari Anas bin Malik : "Fitnah itu tidur, maka laknatlah mereka yang menggerakkannya," katanya. - Getaran, 5 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

Politik 2 tahun yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad