web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Mahkamah Tinggi Bukti Ahmad Zahid Mangsa Pendakwaan Politik - UMNO

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 9:34PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan beliau adalah mangsa pendakwaan politik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu sejak awal percaya Ahmad Zahid tidak bersalah dan hanya menjadi kambing hitam bagi membolehkan usaha menguburkan UMNO berjaya. 

Menurut beliau, kezaliman terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk ini berlaku hanya beberapa minggu selepas Dr Mahathir selaku Pengerusi Parti BERSATU waktu itu mengancam supaya Ahmad Zahid membubarkan UMNO. 

“Perkara ini diakui sendiri bekas Perdana Menteri itu dalam satu temuramah media. 

“Untuk rekod pada 23 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membebaskan dan melepaskan sekaligus membersihkan nama baik Zahid terhadap 40 kes pertuduhan yang terbukti tiada asas dan prima facie untuk didakwa dan disabitkan sebarang kesalahan jenayah,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi. 

Ahmad Zahid Hamidi diiringi penyokongnya ketika mahu meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Ahmad Zahid Hamidi diiringi penyokongnya ketika mahu meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

BERNAMA melaporkan, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.  

“Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa apa sekalipun kuasa Peguam Neogara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.  

“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang barharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai, dan dengan ini, mahkamah ditangguhkan,” katanya. 

Buku karya Tommy Thomas ini didakwa mengesahkan bahawa Ahmad Zahid menjadi mangsa pertuduhan politik - gambar fail
Buku karya Tommy Thomas ini didakwa mengesahkan bahawa Ahmad Zahid menjadi mangsa pertuduhan politik - gambar fail

Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata, teori bahawa semua pertuduhan ke atas Ahmad Zahid itu adalah pendakwaan politik diperkukuhkan dengan pendedahan berani bekas Peguam Negara lantikan Dr Mahathir, Tan Sri Tommy Thomas dalam buku memoirnya My Story: Justice in the Wilderness. 

“Lebih malang lagi, kes pendakwaan politik ini tetap diteruskan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, walaupun Tan Sri Idrus Harun dan Tan Sri Azam Baki masing-masing telah dilantik sebagai Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, menggantikan Tommy dan Lattheefa Koya.  

“Namun Alhamdulillah, walaupun kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dikekalkan oleh Perdana Menteri ke-10, akhirnya mereka melakukan keputusan yang betul dengan memberhentikan pendakwaan tersebut,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan oleh Mahkamah Tinggi itu adalah tindakan yang tepat. 

Mahdzir Khalid - gambar fail
Mahdzir Khalid - gambar fail

Katanya, kontroversi kebocoran memo dalaman Jabatan Peguam Negara (AGC) cukup menjelaskan pertuduhan bermotif politik ini perlu dihentikan segera. 

“UMNO Kedah yakin bahawa sistem penghakiman bukanlah hanya tentang siapa yang betul atau siapa yang salah, malah proses tersebut perlulah dilihat adil kepada semua pihak, termasuk memelihara kreadibiliti AGC. 

 “Oleh itu, keputusan pihak pendakwaraya untuk melepaskan tanpa membebaskan kesemua 47 pertuduhan kes terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah tepat bagi mengelakkan kegusaran berlakunya "miscarriage of justice" dalam khalayak umum di negara ini,” katanya. - Getaran, 4 September 2023  

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad