web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Disyaki Jalin Hubungan Sulit, Penjawat Awam Maut Bergaduh Depan Kedai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 8:24AM

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pergaduhan melibatkan dua lelaki berusia 51 dan 46 tahun itu berlaku sekitar jam 11 pagi.

"Akibat pergaduhan tersebut, mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah di kedua belah mata serta patah tulang rusuk sebelah kiri dan pendarahan serius di bahagian muka manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan. 

"Pergaduhan berlaku tanpa melibatkan sebarang senjata dan mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan," katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata suspek telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Machang untuk membuat laporan polis dan ditahan bagi siasatan lanjut. 

"Motif kejadian, suspek, yang bekerja di syarikat swasta dekat Kuala Lumpur, mengesyaki mangsa yang bekerja sebagai penjawat awam mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut ke atas suspek dan mangsa mendapati tiada sebarang rekod jenayah," katanya yang menambah hasil ujian saringan awal terhadap suspek didapati negatif dari sebarang jenis dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Machang esok untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosesur Jenayah (KPJ). - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad