web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dokumentari Terbitan BERNAMA TV Mara Ke Separuh Akhir NYIFA 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 7:25PM

Endless Ties: Uniting Waste and Humanity layak ke separuh akhir NYIFA 2023. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dokumentari Endless Ties: Uniting Waste and Humanity yang berkisar tentang hubungan erat antara sisa pepejal dan manusia terbitan Bernama TV berjaya mara ke peringkat separuh akhir Anugerah Filem Antarabangsa New York 2023 (NYIFA 2023).

Penerbitnya Hazlinda Hamzah berkata penghasilan dokumentari itu mengambil masa selama dua bulan bermula Mei lepas sebelum ditayangkan pada Julai.

Hazlinda, yang juga penulis skrip dan wartawan dokumentari itu, berkata ini merupakan penyertaan tunggal Malaysia dan bakal bersaing dengan kira-kira 60 dokumentari dari pelbagai negara lain untuk ke peringkat akhir.

“Dokumentari versi Bahasa Melayu bertajuk Sisa dan Manusia, Berpisah Tiada yang berdurasi 30 minit ini memfokus kepada pembuangan serta pengutipan sisa pepejal di Negeri Selangor.

“Karya ini membawa penonton mengeksplorasi impak sisa pepejal kepada kehidupan harian, kesannya terhadap alam sekitar serta usaha manusia dalam mengurus dan meminimumkan sisa pepejal demi kelestarian alam untuk jangka panjang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata dokumentari itu turut menghimpunkan wawancara dengan pihak berkuasa tempatan, kontraktor pengurusan sisa, pakar alam sekitar, aktivis serta orang awam untuk membongkar cerita yang jarang dilaporkan di sebalik kisah manusia dan sisa pepejal yang saling bergantung antara satu sama lain.

“Prestasi ini merupakan pengiktirafan luar biasa terhadap kerja keras dan kreativiti pasukan penerbitan dokumentari Bernama TV dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti untuk tayangan di platform Bernama.

“Dokumentari ini berjaya dihasilkan melalui kerjasama Bernama TV, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan KDEB Waste Management selain individu-individu lain,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad