web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Luluskan Peruntukan RM500 Juta Untuk Projek Infra HSA – Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 4:12PM

Peruntukan segera RM500 juta yang diumumkan Perdana Menteri hari ini bakal dimanfaatkan untuk projek infrastruktur fasa pertama di HSA. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera RM500 juta bagi projek pembangunan fasa pertama infrastruktur di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Beliau berkata projek berkenaan merangkumi pembinaan pakir bertingkat serta pembinaan beberapa blok bertingkat baharu di HSA.

Katanya bagi fasa pertama projek itu, pembinaan parkir bertingkat akan dilaksanakan segera dengan proses pembinaan mesti dilakukan bermula tahun ini.

“Untuk hospital ini (HSA) setakat fasa bertama, memerlukan RM500 juta, dan setelah berbincang dengan Kementerian Kewangan, kita mahu projek ini disegerakan dan projek berjumlah setengah bilion itu (RM500 juta) diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke HSA hari ini, yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengarah HSA Dr Sal Atan.

Anwar berkata hospital itu mempunyai mempunyai keluasan sekitar 40 hektar dan ia mencukupi untuk membina pakir serta membangunkan beberapa lagi kompleks bertingkat bagi memenuhi keperluan perkhidmatan hospital dan menyelesaikan isu kesesakan pesakit.

“Kalau saya lihat tadi kesesakan itu (pesakit) tidak boleh ditahan lagi…katil dalam wad disusun sehingga ke tengah.

“Perkara ini telah terbengkalai sekian lama dan tiada tindakan… kini giliran saya dan Dr Zaliha Mustafa (Menteri Kesihatan) (selesaikan) kita ambil tindakan segera dan telah diluluskan,” katanya.

Sementara itu ditanya sama ada pembinaan HSA 2 turut dibincangkan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata projek berkenaan dalam perancangan lanjut.

“Itu (HSA 2) dalam rancangan yang kedua, kita selesaikan dahulu yang mendesak (pakir dan kompleks baharu di HSA).

“Yang lain (HSA 2) dalam rancangan separuh penggal RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) dan berikutnya, tapi (keadaan HSA) tak holeh bertahan sementara menunggu hospital baharu,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar