web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Minat Mendalam, Ingin Pertahan Kedaulatan Negara Dorong Sertai TUDM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 7:56AM

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan (kanan) menyampaikan Anugerah Perajurit Terbaik Keseluruhan kepada Perajurit Muda Udara Muhammad Azmin Hakimi Mohd Adzmi (kiri) pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 66/2023 di Akademi Tentera Udara Ipoh, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Minat terhadap dunia ketenteraan sejak di bangku sekolah serta keinginan mencurahkan bakti mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi mendorong seorang remaja menyertai latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sehingga terpilih menerima Anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan.

Muhammad Azmin Hakimi, 20, yang berasal dari Raub, Pahang telah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Udara di sini selama enam bulan.

Anak bongsu dari enam beradik itu berkata semasa di sekolah menengah dia aktif dalam pasukan badan beruniform dan bercita-cita mahu menjadi anggota tentera apabila tamat persekolahan.

Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan, Muhammad Azmin Hakimi Mohd Adzmi (kanan) dan Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik, Fradza Anak Nita (kiri) menunjukkan anugerah piala masing-masing pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 66/2023 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Akademi Tentera Udara Ipoh, semalam. gambar BERNAMA
Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan, Muhammad Azmin Hakimi Mohd Adzmi (kanan) dan Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik, Fradza Anak Nita (kiri) menunjukkan anugerah piala masing-masing pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 66/2023 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Akademi Tentera Udara Ipoh, semalam. gambar BERNAMA

"Saya mahu mencabar kemampuan diri dari segi mental dan fizikal selain saya mahu lari dari kebiasaan kerana adik beradik yang lain bekerja di sektor awam.

Saya juga mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang terbabit menjaga keamanan dan kedaulatan negara,” katanya yang juga tidak pernah terfikir mampu meraih Anugerah Terbaik Keseluruhan Perajurit Muda Udara Siri 66/23 di sini, semalam.

Terdahulu, upacara tamat latihan pasukan itu dirasmikan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Seramai 387 pelatih Perajurit Muda menamatkan latihan mereka di Akademi Tentera Udara (ATU) di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Asghar Khan dalam ucapannya berkata kerjaya sebagai anggota tentera adalah jauh berbeza berbanding kerjaya lain kerana ia adalah satu amanah yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab, bersemangat jitu dan memiliki kesabaran yang tinggi.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 66/2023 di Akademi Tentera Udara, Ipoh, semalam. gambar BERNAMA
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 66/2023 di Akademi Tentera Udara, Ipoh, semalam. gambar BERNAMA

"Walau apa jua cabaran dan rintangan yang mendatang, tanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Kecuaian mahu pun kesilapan yang berlaku boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada perajurit muda udara supaya sentiasa berusaha meningkatkan sikap, kemahiran dan pengetahuan masing-masing kepada tahap yang tinggi supaya mereka terus kekal relevan seiring dengan evolusi pemerkasaan dan pembangunan TUDM untuk menjadi angkatan udara yang berspektrum penuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Nahas Hornet: PM Zahir Simpati, Arah Siasatan Menyeluruh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Latihan Menembak: Lembaga Penyiasatan Terdiri Daripada Pakar Letupan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Seorang Anggota TUDM Maut, 2 Jurulatih Cedera Ketika Latihan Menembak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad