web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 3:39PM

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Siasatan berhubung kes buli lima pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan kini pada peringkat akhir.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata individu yang didakwa terlibat dalam kes memukul pelatih berkenaan akan dipanggil semula untuk disoal siasat pihak polis.

"Jadi kita tunggu siasatan daripada polis dan tindakan akan diambil dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PjM) Udara Siri 66/2023 di Akademi Tentera Udara (ATU) di sini hari ini.

Beliau menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara am dan TUDM khususnya tidak berkompromi dengan kes buli melibatkan anggota dan pegawainya.

"Berdasarkan peraturan sedia ada dan undang-undang ATM, sesiapa yang melakukan pembulian akan diambil tindakan tegas termasuk pemberhentian tetapi semuanya bergantung kepada hasil siasatan yang dilaksanakan.

"Kita perlu melaksanakan siasatan terperinci sebelum apa-apa tindakan diambil," katanya sambil menambah semua mereka yang disyaki terlibat dalam kes itu telah ditempatkan kembali di unit masing-masing.

Pada 9 Mei lalu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata pihaknya merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung kes itu termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa, selain enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan tersebut.

Sebelum ini, Ramli mengesahkan pihaknya menerima laporan empat lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu selepas seorang bapa membuat laporan polis mendakwa anaknya dibuli di situ. 

Media melaporkan lima pelatih kursus TUDM dipukul anggota senior ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan dan kejadian terbongkar selepas keluarga seorang daripada mangsa tampil membuat laporan polis sebelum ditularkan di Twitter. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Nahas Hornet: PM Zahir Simpati, Arah Siasatan Menyeluruh

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan