web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Raymond Hargai Doa Semua Pihak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 7:35PM

Raymond kini masih dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya. - gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keluarga Raymond Goh yang kini dirawat di hospital kerana serangan angin ahmar, berterima kasih dengan doa dan ucapan simpati ramai pihak terhadap keadaan pembaca berita TV3 Nightline itu.

Isterinya, Faridah Teh, dalam satu kenyataan ringkas turut bersyukur dengan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddim Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang menitipkan doa dan harapan supaya Raymond segera sembuh.

Beliau berkata, Raymond dimasukkan ke sebuah hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos dan ketika ini keadaannya kritikal.

“Keluarga kami menyatakan rasa sangat bersyukur kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keperihatinan kedua-dua baginda terhadap keadaan Raymond.

“Kami memahami bahawa keadaan Raymond mendapat perhatian ramai dan sangat-sangat menghargai limpahan kasih sayang dan sokongan semua,” katanya.

Pada masa sama, Fatimah berkata, keluarganya dengan rendah hati mengharapkan orang ramai dapat memahami, bersabar selain menghormati keperluan privasi mereka dalam berdepan masa sukar ketika ini.

“Sebarang sokongan dalam ingatan dan doa amat-amat dihargai.

“Perjalanan hidup Raymond menyentuh hati ramai orang. Keluarga kami akan berusaha memberi makluman yang relevan mengenai keadaan terkini dalam saat sukar ini dan sangat bersyukur dengan doa serta keperihatinan anda,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, pembaca berita bersuara emas itu sedang keluar bersama rakannya apabila secara tiba-tiba mengalami kebas bahagian kanan badan. 
Keadaan itu menyebabkan rakannya segera mengejarkan beliau ke Hospital Assunta sebelum keadaannya merosot ketika mendapatkan bantuan perubatan. – Getaran, 1 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad