web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peranan Jabatan Audit Negara Perlu Diperkukuhkan – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 6:29PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bidang kuasa Jabatan Audit Negara (JAN) diperkukuh dan diperluaskan supaya dapat merangkumi peranan institusi hisbah atau ombudsman.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tanggungjawab tambahan diberikan kepada JAN supaya kementerian dan jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri memandang serius setiap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

"Ini masih dalam perbincangan tapi yang penting kita mahu perluas bidang tugas JAN," katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan bersama pengurusan dan warga JAN, di sini hari ini.

Anwar berkata peranan audit itu perlu “muhtasim” (disegani) bukan sahaja audit dari segi kewangan tetapi audit dari segi pematuhan kepada peraturan dan prinsip bagi mengelak daripada kecurangan sama ada dalam bentuk rasuah, ketirisan atau kecuaian.

Beliau menegaskan pengabaian terhadap budaya tidak mengendahkan teguran LKAN perlu dinoktahkan terutamanya teguran terhadap salah guna kuasa, kecuaian atau penipuan.

Katanya ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1998, beliau mengangkat LKAN sebagai suatu dokumen yang penting dan ketika menjadi Ketua Pembangkang pula, beliau meneliti setiap helaian LKAN untuk memberi teguran keras kepada kerajaan.

Mulai sekarang, kata Anwar setiap teguran itu mesti dijawab sekiranya ia berlaku.

“Sebab itu tahun ini, sebaik LKAN dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, semua menteri termasuk ketua setiausaha dan ketua pengarah masing-masing diwajibkan untuk meneliti laporan ini dan memberi jawapan atau tindakan yang memuaskan,” katanya.

Anwar berkata sekiranya mana-mana kementerian atau jabatan tidak mengambil tindakan susulan secara serius ke atas teguran dalam LKAN, tindakan seumpama itu akan dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Kewangan (MoF) dan agensi penguat kuasa yang berkaitan.

Anwar juga mahu MoF mengetuai suatu tugasan untuk meneliti semua laporan LKAN dan memastikan setiap kementerian dan jabatan patuh terhadap teguran.

“Kalau tidak laporan (LKAN) sampai tahun depan (teguran) akan ulang lagi,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 50 minit yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad